Kelas Latihan Asas Menaip E-Learning Touch Typing Games, Microsoft Office Powerpoint Dan Kelas Penyusunan Sijil-Sijil Sebelum Temuduga
Pada 21 Disember 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas latihan asas menaip “e-learning” Touch Typing Games di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur pada pukul 9:00 pagi hingga 1:00 petang. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan asas menaip dengan betul. Melalui permainan dalam talian dapat meningkatkan ketangkasan 3 orang peserta dalam menaip.
Pada sebelah petang bermula pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang kami menjalankan kelas Microsoft Office PowerPoint yang dihadiri 7 orang peserta. Kelas ini memberi pendedahan kepada asas penggunaan Microsoft PowerPoint di dalam menghasilkan presentation. Antara topik yang dberi penekanan ialah Size perkataan, kandungan ayat dalam satu slide, design yang sesuai untuk menarik perhatian penonton.
Selain itu, kami juga membimbing 2 orang peserta dalam menyusun sijil-sijil sebelum menghadiri temuduga di masa akan datang. Tip-tip ketika menghadiri temuduga juga kami kongsikan.
Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: